Monday 29 July 2013

Khasiat daun kesum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersyukur kepada Allah kita dapat beribadah dibulan Ramadhan ini dan meneruskan hobi berkebun.


Sambung cerita entri yg lepas berkenaan daun kesum.Daun ini selalu mengingatkan kita tentang laksa,asam pedas, nasi kerabu dll. Eemm kecur air liur dibuatnya.Pokok ini berasal daripada Asia Tenggara. Ia dapat tumbuh dengan subur dikawasan tanah lembap terutamanya ditepi parit atau kawasan yg ada air.Bagi kita yang duduk dirumah teres ni selalunya tanam dalam pasu je.


Manakala khasiat pemakanannya pula, ia kaya dengan vitamin C dan A serta bahan galian seperti kalium,kalsium dan fosfuras.Mempunyai anti-oksida yang tinggi dan bersifat anti-mikrob.Selain digunakan sebagai perencah dalam masakan ia juga mempunyai banyak khasiat.

Diantaranya;
1. Mencegah kelemumur, caranya daun ditumbuk sehingga lumat, dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan pada kulit kepala, biarkan beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih.
2.Membuang angin dalam badan
3.Membunuh dan menyingkirkan cacing dalam perut
4. Merawat gout, radang sendi dan batu karang. 

Tak rugi kita menanam daun kesum selain aromanya yg membangkitkan selera, ianya juga mempunyai banyak khasiat.

Selamat berkebun, sehingga berjumpa lagi. 

Saturday 27 July 2013

Tuaian hari untuk masak asam rebus keladi

Assalamualaikum,

Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah,dan tidak ada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar.Syukur dengan rezeki yang kau berikan Ya Allah.


Semalam pergi menziarahi rakanku di Melaka, dalam perjalanan pulang singgah di Pasar Ikan dan Pasar Malam Serkam. Terjumpa PakCik menjual keladi, jadi hari ini nak masak asam rebus keladi untuk berbuka nanti. Pagi tadi saya pergi la mengambil serai dan daun kesum.
Resepi asam rebus batang keladi boleh didapati dari link ini my resepi, yang leceh sikit nak buang kulit luar batang keladi tu. Kena pakai sarung tangan plastik kalau tak nak kena getahnya.

Bertemu dientri yang berikutnya, nak cerita khasiat daun kesum.





Friday 26 July 2013

Ulam Sambung Nyawa

Assalamualaikum,

Syukur Allhamdullilah masih dapat meneruskan aktiviti bertani sempena bulan Ramadan ini.Ya Allah jadikan kami semua sebagai hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Kau berikan.


Petang semalam dapat meninjau tanaman herba saya,antara koleksi yang ada sambung nyawa. Tumbuhan herba ini dikatakan berasal dari negara Cina, sebab tu kebanyakan kaum Cina ada menanam tumbuhan ini dirumah mereka.Daunnya lembut dan batangnya sedikit berlendir. Biasanya ulam ini dimakan mentah atau boleh juga ditumis sebagai sayur.

Cara menanamnya hanya menggunakan keratan batang dan cucuk diatas tanah yang agak lembab dan terlindung sikit daripada cahaya matahari.Dahannya boleh dipangkas selalu kerana daun yg muda akan tumbuh lagi. Perlu disiram setiap hari dan saya letak baja organik sebulan sekali.






















Tumbuhan herba ini juga mempunyai pelbagai khasiat diantaranya;

1. awet muda
2. mengurangkan tekanan darah tinggi
3.mengurangkan gula dalam darah
4.membantu mengurangkan sakit migrain.
Amalkan makan daun yang muda  sebanyak 3 helai sehari.


Selamat berpuasa,mari kita makan ulam-ulaman. sehingga jumpa lagi. 

Wednesday 24 July 2013

Pelbagai khasiat dalam ulam pegaga

Assalamualaikum,

Syukur Pada Allah masih diberi nikmat untuk menikmati keindahan alam sekeliling dan masih berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.


Menu berbuka semalam nasi kerabu menggunakan bunga telang dan berbagai jenis ulam-ulaman.Antaranya adalah pegaga. Pegaga memang terkenal dalam masyarakat kita sebagai ulam untuk awet muda. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat pegaga atau nama  saintifiknya Centella Asiatica.


Diantara khasiat pegaga adalah;

1. mengurangkan tekanan darah tinggi, caranya dengan membuat jus daun pegaga bersama air dan ditambah dengan sedikit madu asli.
2. meningkatkan daya ingatan kerana pegaga kaya dengan vitamin A&C, zat besi dan juga mineral.
3.meningkatkan keupayaan dari segi pengawalan saraf dikalangan kanak-kanak(menurut kajian yang dijalankan di UPM)
4.mengurangkan kandungan gula dalam darah
5. mengatasi sembelit
6.mencegah masalah kardiovaskular.

Boleh dikeringkan daun pegaga dan direndam dalam air panas dan buat seperti teh.
Selamat mencuba makan ulam yang pelbagai khasiat ini.

Sehingga berjumpa dientri yang lain.

Monday 22 July 2013

Tuaian hari ini pucuk ubi kayu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Semoga kita semua berada dibawah lindungan Allah SWT.

Tuaian hari ini untuk masak lemak pucuk ubi kayu. Sayur kesukakan Mr Hubby dan anak2 ku.

Banyak lagi resepi yg boleh kita masak menggunakan daun ubi kayu ni. Resepi pucuk kayu masak tempoyak. Wow mengancam, tapi Mr Hubby tak makan tempoyak jadi masak lemak biasa je la.Bagi yg mengidam ni ada resepi yg simple  di tiffinbiru.com


Ubi kayu ni sebenarnya berasal daripada bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir kesemua kawasan tropika seluruh dunia. Ditanam dengan menggunakan keratan batang. Pucuk ubi kayu boleh dijadikan sayur. Manakala ubinya pula boleh dibuat kerepek, rebus, goreng, pengat, kuih-muih dan juga tapai.Makanan ni merupakan makanan utama diwaktu penjajahan Jepun di tanah Melayu, tapi saya pun belum lahir ketika itu, mengikut cerita Opah la.


Khasiat ubi kayu adalah;
1. mempunyai antioksida, antitumor,antikanser dan juga boleh meningkatkan selera makan.
2. mengandungi kandungan mineral seperti kalsium,serat, zat besi, maganese, fosforus, potasium, vitamin B6 dan vitamin C berfungsi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Sekian dulu, buat entri kali ini.
Wassalam.

sambung cerita kacang bendi

Assalamualaikum,

Syukur kepada Allah yang Maha Esa, permudahkan urusan kami pada hari ni Ya Allah.


Saya nak sambungan cerita  entri yg sebelum ni pasal anak pokok kacang bendi dah bercambah. Nampak daunnya dah tumbuh dengan segar. Semoga dapat menghasilkan buah yang baik.
Benih ni saya semai pada hari Jumaat lepas jadi hari ni dah masuk hari kelima. Siap letak ubat siput lagi sbb kat belakang rumah tu banyak siput. Bila dah besar sikit anak pokok ni saya akan pindahkan kehalaman rumah.


Gambar dibawah ni pokok yang saya semai 3 minggu yang lalu sepokok je yg tumbuh.


Rezeki la juga sbb benih tu saya dah simpan terlalu lama, mungkin dah setahun kut. InsyaAllah minggu depan saya akan pindahkan ke dalam pasu.

Ok la, setakat ini dulu cerita tentang perkembangan pokok kacang bendi ku.

Sunday 21 July 2013

Percambahan benih kacang bendi yang ditunggu

Assalamualaikum,


Allhamdullilah syukur pada Allah kita masih berada pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kawan-kawan  yang berkongsi hobi berkebun dapat sama-sama meneruskan aktiviti berkebun dibulan puasa ini.


Pagi tadi baru melawat tanaman dikebun yg sejemput tu. Allhamdullilah kacang bendi yang saya semai pada hari Jumaat lepas 19.7.2013 sudah bercambah, benihnya saya beli dari tanamsendiri.com, seronok rasa dihati melihat percambahannya. Saya dah letakkan ubat siput disekeliling pasu supaya daunnya terpelihara. Benih peria dan kacang botor belum nampak bercambah lagi.


image from Mr Google

Kacang bendi banyak khasiatnya dan berbagai resepi yang boleh kita masak menggunakan kacang bendi, yang anak-anak saya suka kacang bendi digoreng dengan telur. Kadang-kadang saya campurkan dalam kari atau asam pedas.


Antara maklumat yang saya dapat dari internet adalahBuah kacang bendi didapati kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin B. ia juga kaya dengan kandungan kalsium.

Diantara khasiat kacang bendi adalah;
1. Bagus untuk perkembangan otak iaitu dapat menguatkan memori dan kercergasan otak. 
2. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
3. Mengelakkan sembelit.
4.Buah kacang bendi bersifat alkali boleh membantu meneutralkan asid dalam badan. 


Panjang lebar pulak cerita pasal kacang bendi. Sesungguhnya Allah Maha Kaya menciptakan pelbagai tumbuhan untuk kita nikmati. Terima kasih Ya Allah.

Sehingga berjumpa lagi dientri yang lain.  

Wednesday 17 July 2013

khasiat pokok jarum tujuh bilah

Assalamualaikum,


Petang semalam saya menjenguk tanaman herba saya, ternampak pokok jarum tujuh bilah mengeluarkan bunga yang cantik berwarna jingga. Saya mencari maklumat tentang khasiat pokok ini di internet.Pokok ini sebenarnya daripada keluarga kaktus. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang sangat tajam. Kalau tecucuk jari memang berdarah.Pokok ini dinamakan sempena tujuh bilah duri tu la. Daunnya ranggup boleh dijadikan ulam dan salad.

Khasiatnya boleh merawat penyakit kanser, batu karang dan sakit buah pinggang.

Sedar perkongsian daripada internet cara penggunaannya;

1. Untuk merawat tumor atau kanser, ambil 3 helai daun jarum tujuh bilah dan dicampurkan dengan 30 helai daun belalai gajah dan diblend supaya menjadi jus dan terus diminum tanpa ditapis. Amalkan setiap hari. Saya dah pernah cuba resepi ni, tapi kuasa penyembuhan ditangan Allah s.wt, kita hanya berusaha. 
2. Untuk rawatan batu karang, ambil 7 helai daun tujuh bilah diblend dengan sebiji epal hijau.

 Jika sakit berlarutan kita harus berjumpa doktor ini sebagai rawatan alternatif sahaja.Saya bukanlah seorang pengamal perubatan hanya berkongsi apa yang dipelajari sahaja.

Daun ini juga boleh dibuat kerepek seperti daun bayam. Petang ni untuk berbuka puasa saya akan cuba membuat kerepek daun jarum tujuh bilah.

Selamat berkebun rakan-rakan semua. Sehingga bertemu lagi dientri yang lain.

Menu berbuka puasa

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali,

Semalam semasa membersihkan kebun belakang rumah ternampak pucuk paku merah kalau dikampung saya org panggil paku midin. Lalu terlintas dibenak fikiran untuk masak bubuk lambuk Terengganu. Bulan puasa tahun lepas biras saya ada masak bubuk lambuk Terengganu yang menggunakan paku midin ,daun kesom, daun kaduk serta daun pucuk manis.lalu saya pun google la resepinya, terima kasih pada resepibonda.com. Allhamdullilah daun-daun ni ada kat belakang rumah saya, jimatlah belanjanya.
Teringat pula pesanan arwah emak, kalau berbudi dengan tanah InsyaAllah akan dapat hasilnya. Masa tanam kena niat untuk bersedekah tak kira la kalau kita sedekah kat jiran ke atau ada binatang yang tumpang makan kita akan dapat pahala juga.


Empat jenis daun yang diambil dibelakang rumah, Allhamdullilah sedap juga bubur lambuk Terengganu ni berkhasiat kerana dah ada protein(dari isi ikan selayang), vitamin, mineral daripada 4 jenis
pucuk-pucuk segar dan juga karbohidrat dari beras.Pada kawan-kawan yang belum tahu nak masak apa hari ni boleh la cuba bubur lambuk Terengganu ni.

Wassalam, jumpa lagi dilain entri ya.

menerima pesanan biji benih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera rakan-rakan seperjuanganku,


Allhamdullilah bersyukur pada Allah masih diberikan kesihatan yang baik pada hari ini. Pada pagi ini juga hujan turun membasahi bumi jadi pokok kelihatan segar. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmatmu ini.

Pada petang semalam poslaju dah sampai dengan biji benih beberapa jenis tanaman yang dipesan daripada tanamsendiri.com. InsyaAllah saya akan baca panduan cara menyemai dan menanam benih yang dibeli daripada blog En Iskandar.

Ini lah batch pertama yang dipesan. Harapanku semoga semua benih ini bercambah dan hidup subur serta mengeluarkan hasil yang memuaskan. Mr hubby dah belikan baja dan tanah hitam pada hari Ahad lepas. Semoga semuanya dipermudahkan Allah.



Tuesday 16 July 2013

pengenalan tentang hobiku

Bismillahirahmanirahim(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani),


Segala yang dilangit dan bumi ini  adalah milik Mu juga, tiada yang milik kami. Kami sebagai hamba patut sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh yang Maha Esa.



Sekadar ingin berkongsi hobi yang selalu dilakukan pada waktu lapang bersama rakan-rakan. Hobi berkebun ini telah saya warisi daripada arwah ibu saya yang suka bertanam sayur-sayuran dan bunga-bungaan disekeliling rumah. Saya membesar disebuah desa di negeri Perak. Kawasan halaman rumah agak besar jadi arwah emak selalunya menanam timun, kacang panjang, bendi, terung dan segala jenis ulam-ulaman. Waktu kecil saya hanya membantu arwah emak menyiram pokok dengan air sungai, air cucian beras dan air ikan. Arwah mak selalu gunakan tanah bakar dan baja tinja ayam yang diambil daripada reban ayam kami dan benih sayuran ni selalunya dibeli di pasar pagi di Bandar Taiping. Itu kisah kerajinan arwah emak. Al-Fatihah buat arwah yang kusayangi.



Gambar desaku kredit to Mr Google

Selepas meningkat dewasa mengalir pula bakat itu kepada saya.Sewaktu belajar diperantauan saya dan rakan-rakan menyewa sebuah rumah teres setingkat. Di sana saya dah mula  belajar menanam herba seperti daun kesum, daun kunyit dan serai dalam pasu.Itu pun sekadar untuk keperluan memasak sendiri. Pernah juga saya belajar menanam salad bulat(lettuce) dengan seorang sahabat,hasilnya tidak mengecewakan. Dua batas salad bulat menjadi semuanya. Allhamdullilah. Landlady juga ada menanam sayur-sayuran dibelakang rumahnya. Disana cuaca empat musim biasanya tanaman ditanam pada musim bunga atau musim panas.  

Gambar diTasmania kredit to Mr Google


Itu lah serba sedikit kisah hidup aku dari sebuah desa ku merantau jauh. Pulang semula ketanah air untuk berkhidmat pada tanah tumpah darahku. Sehingga berjumpa lagi dalam entri yang lain.