Friday 30 August 2013

Putih-putih Melati

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Segala puji bagi Mu  Ya Allah, Selangor dikejutkan dengan krisis air.Pagi-pagi td saya dah simpan stok air takut bekalan terputus lagi. Syukur hujan turun setiap hari tak payah nak siram pokok.

Hari ni laman saya dihiasi dengan warna-warna putih. Saya tak pasti samada pokok ni adalah pokok Melati ke tak,bunganya sangat harum dan bergugus.

 close up sikit

Bunga melor pun harum juga

Bunga putih ni pun segar mengembang


Ok la ya sampai disini dulu.

Thursday 29 August 2013

Tuaian bendi pertama

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Syukur Allhamdullilah hari ni dapat menuai bendi yang di semai pada 19.7.2013 yang lalu.

Anak bongsu saya bukan main excited nak memetik buah bendi. Saja bagi galakkan kat dia supaya meminati hobiku ini.

Tanam pun tiga pokok je. Masa balik kampung cuti raya tu Allhamdullilah ada ujan turun kalau tak, kering la pokok-pokok bendi. 
Pokok yang pertama menghasilkan buah ni benihnya saya beli daripada kedai.
Manakala yang dua pokok ni saya beli benih daripada En Iskandar tanamsendiri.com, daunnya hijau pekat. Mungkin buahnya nanti warna hijau pekat juga.

Yang dua pokok baru mengeluarkan bunga. Tunggu la hasilnya nanti.



 Setakat ini lah saja saya update cerita hobi berkebun. Jumpa dientri yang lain. Bye


Tuesday 27 August 2013

Jeruk cili hijau dan sambal Ijou

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Syukur Allhamdullilah hari ni dapat rezeki tanpa disangka-sangka. Jiran sebelah rumah datang hantar cili hijau. Hajat di hati nak buat jeruk cili dan sambal Ijou(Indonesian style)

Cili hijau ni segar dari ladang bapak mertua jiran saya ni. Ladangnya kat Kuantan Pahang.Terima kasih banyak-banyak semoga murah rezeki jiran saya ni. 

Yang dalam pinggan ni buat jeruk boleh dimakan dengan kueh teow goreng atau mee goreng. Yang selebihnya saya nak cuba buat sambal Ijou. resepi saya ambik dari www.tiffinbiru.com

Harap-harap menjadi la nanti.

Yang ni pulak ulam-ulam yang boleh di makan dengan sambal Ijou tu nanti.
Ok la sampai sini dulu. Kita jumpa lagi di entri yang lain.

Tuesday 20 August 2013

warna-warna kesukaan

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,


Syukur Allhamdullilah semalam hujan turun dengan lebat menyiram tumbuh-tumbuhan di kawasan ku.

Hari ni  cuaca cerah begitu juga dengan warna-warna bunga yang kembang juga ceria semuanya. Ni pokok Ros kampung yang berbau harum.

Penjagaannya agak rumit banyak serangga perosak yang suka pada bunganya.Saya cuba baca dari blog kawan-kawan yang menanam ros untuk belajar cara penjagaan yang betul.


Bunga ros Jepun ni paling senang untuk dijaga dan di tanam tapi hanya kembang dalam beberapa jam sahaja.

Bunga yang jenis bebawang ni juga cantik menghiasi laman rumah.

Bila melihat gambar bunga-bunga yang mekar boleh jadi terapi juga. Jumpa lagi di entry yang lain.

Thursday 15 August 2013

Beraya di kampung( Bahagian 2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sambungan entry yang lepas. Hahaha dah macam sinetron la pulak Gambar disekitar kampung suami ku pula.

Anak ku cuba jadi pekebun menolong abahnya dikebun kelapa sawit.



Antara koleksi kaktus emak mertua.





Pokok maman yang boleh dibuat jeruk dan masak lemak bersama daging atau ayam.


Bye, jumpa lagi di entry yg lain pula.

Beraya di kampung

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Syukur pada Allah dapat menyambut hari raya dengan suasana yang ceria. 3 hari berada di kampung saya di Perak dan 3 hari lagi berada di kampung suami di Johor.


Sempat juga snap beberapa gambar pokok bunga di rumah adik saya. Antara koleksi bunga orkidnya yang mekar.




kemunting cina dia juga lebat berbunga.

koleksi bonsai adik saya.


bunga kertas pelbagai warna




next entry sambung raya di Johor.

Sunday 4 August 2013

Bonsai penyeri tiang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Allhamdullilah kita sudah berada diakhir Ramadhan terasa cepat masa berlalu. Semoga Allah makbulkan segala hajat kita dibulan yang mulia ini.


Rakan-rakan dan jiran-jiran ku sudah ramai yang pulang kekampung. Aku juga akan pulang kekampung esok. Rindu dengan bunyi cengkerik dan air sungai dibelakang rumah pusaka ku itu.Allhamdullilah adik bongsu masih menjaga rumah pusaka itu dengan baik.Semoga Allah murahkan rezeki adik bongsuku ini.


Baru snap gambar bonsai yang jadi penyeri tiang rumah ku.Pasu-pasu bunga ni, aku dan anak-anak cat dengan lebihan cat yg ada. jadi warna pasu dah sama dengan warna tiang rumah.hahaha tak kisah la janji nampak berseri raya ni.

Adenium atau kemunting Cina tu Bonsai kesayangan Mr Hubby. Ada lagi yang dia buat bonsai tapi belum berapa menjadi.pokok ni dah bertahun ditanam masih going strong.

Nama bunga ni saya tak tahu, tapi bunganya putih dan berbau harum. Ni sesuai juga dibuat bonsai.


Sempena dibulan yang mulia ini saya ingin memohon maaf zahir dan batin pada rakan-rakan yang mempunyai hobi yang sama. Rakan-rakan pendidik,anak-anak didik, jiran-jiran serta saudara mara sekalian serta pembaca-pembaca blog ini.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.

Thursday 1 August 2013

Kek berwarna kuning

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Teringin nak makan kek berwarna kuning disebabkan bunga laman temanya kuning hari ini.

Resepi ni saya dapat daripada facebook, tapi dah diubahsuai mengikut selera sendiri.

Kek oren tapi bila masak jadi kuning juga.


1 biji oren (diparut kulit luarnya, dikupas kulit dan potong kecil-kecil) 
1 sudu besar sunquick perisa oren
1 cawan minyak masak
1 setengah cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sudu baking powder
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya;
1. Ayak tepung bersama baking powder
2. Pukul telur, gula dan esen vanilla kemudian masukkan minyak masak, kulit oren yg diparut, oren yg telah dipotong kecil dan sunquick.
3. masukkan tepung sedikit demi sedkit. 
4. Gaulkan dengan spatula sehingga rata
5. Masukkan dalam pemanggang ajaib dan bakar selama 15 minit.
Photo: Kelmarin rajin tangan nk buat kek oren ni, resepi dr teman baru tp mesra, Tq Shanor.. Jom kita kongsikan lg resepi ni supaya rakan2 yg lain pn boleh mencubanya..

Bahan2 utk kek oren ni simple jer..

1 bji buah oren
1 cwn minyak
2 cwn gula halus ( klu nk kurangkn skt pn boleh jg)
2 cwn tpung gandum
3 bji telur (yg size bsar yer)
1 sb baking powder
1 st esen vanila/oren.

Cara2nya pn senang jer,.. 
1. Blender telur hingga kembang;
2. kemudian masukkan gula; blend lg pstu msukkan buah oren yg     dh dikupas(pstikan x dak bji yer). Blender hingga kembang dan masukkan minyak. blend lg.
3. Dalam bekas lain, ayak tepung dgn baking powder ,..tuangkan bahan yg telah di blander td, kacau hingga sebati.
4. Tuang ke dlm pemanggang yg telah dipanaskn sedikit dan bakar selama 10 mnt..
 
Dah siapp!! Apabila sudah masak keluarkan kek td dan hidangkn. (jgn biarkn dlm pemanggang nti hangit sbb penyimpan haba kkkk).
Selamatt mencuba, kalau suka tekan `like` n `share page` ni k..Tq..

Setakat ini dulu. Jumpa lg di lain entri....

Laman berhias bunga kuning

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Syukur kita telah berada pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. Semoga Allah makbulkan segala hajat kita dalam bulan yang mulia ini.

Hari ni saya rasa seronok melihat bunga yang berkembang di laman, kebanyakkannya berwarna kuning. Ros ni dah diserang serangga, daun dah ada tompok hitam, tapi bunganya MasyaAllah masih cantik.

Bunga yang di bawah ni species bunga Ros Jepun, tapi dulu kat kpg org panggil nona Singapura. Kuning juga yang kembang.
Dua pasu lagi bunga gantung yang ada campuran kuning dan oren.


Begitu la cerita bunga-bunga di laman ku hari ni. Sambung dengan kek berwarna kuning dalam entri seterusnya.