Monday 30 September 2013

Pertumbuhan Rosell

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Terima kasih Ya Allah menganugerah keindahan alam ini dengan flora dan faunanya untuk kami nikmati.


Pokok yg disemai sebulan lalu dah tumbuh dengan suburnya.



Pokok ni ditanam bersama cili dalam tayar. Nampaknya pertumbuhan yg menggalakkan. Benih Roselle ni daripada jualbenihbunga blog En Wan. 

Begitu juga dengan bunga matahari dan keembung ni.


Pertumbuhan yang sihat,tak sabar nak tengok bunga matahari ni, bunganya boleh dibuat kuaci.

Harapanku Roselle kali ini boleh berbuah lagi macam pokok yg ku tanam dulu.
Jumpa lagi dientri yang lain.


Friday 27 September 2013

Masak sayur keluban

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Syukur Allhamdullilah hari ini  kita masih mendapat rezeki pemberian Allah. Allhamdullilah Ya Allah, Alllhamdullilah Ya Rahman, Allhamdullilah Ya Rahim. Jadikan lah kami hamba-hamba mu yang bersyukur.


Hari ni nak kongsi satu masakan Jawa, sayur keluban sejenis sayur yang lebih kurang macam kerabu.
Banyak menggunakan sayur dan ulam-ulaman.
Antara yang boleh kita gunakan ni dia;

Pucuk ubi kayu, pucuk betik, akar som, pegaga,daun cekur atau kencur,taugeh dan kacang panjang.


Daun bebuas



Daun ulam raja. Ni benih daripada jualan benih semua menjadi, terima kasih pada rakan blogger smRosesemua menjadi.

Sayur-sayuran tu dicelur dan campurkan dengan bahan tumbuk(Kelapa parut+cili+isi cekur+udang kering+bawang dan air asam jawa). Boleh google je resepinya. 


Taadaaa dah siap.
Jom Kita makan ulam-ulaman.

Tuesday 24 September 2013

Projek gaharu di kampung

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Terima kasih Ya Allah masih berpeluang untukku menghirup udara segar dan melihat keindahan alam ciptaan Mu hari ini.


Projek pokok gaharu dikampung ni dah nak masuk 2 tahun, tapi pokoknya masih kecik. Kalau ikut pengusaha bersama yg menjayakan projek ni, batang atau kulit pokok gaharu ni boleh dibuat minyak wangi.

Ni rupa pokoknya.



Semoga pokok ni cepat besar dan berjaya mengeluarkan hasil,teringin juga nak bau minyak wanginya.
Kata pengusaha tu 5 tahun baru dapat hasil, semoga dipermudahkan Allah segalanya.

Selamat berkebun rakan-rakan semua.

Ceri masak ranum

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Allhamdullilah syukur pada Allah cuaca hari ni cantik sekali sesuai untuk proses photosintesis daun-daun tumbuhan penyeri alam.


Pernah tengok species pokok ceri Malaysia, selalunya terdapat di kampung,tapi yg di Bandar ni sengaja ditanam untuk meredupkan suasana. Pokoknya sudah agak besar dan selalu kena trim dahannya supaya tak menggangu rumah jiran ku.

Buahnya boleh dimakan disukai oleh sang burung dan tupai.

Yang ni belum cukup masak tapi dah boleh dimakan.


Bunganya warna putih, cantik juga ya.


Yang ni pulak buah yang dah masak ranum, manisnya.

Selamat berkebun disamping beramal....;D

Sunday 22 September 2013

Khasiat Ginseng Jawa atau Akar Som

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Syukur Allhamdullilah hari ni cuti hujung minggu dapat menyambung hobi berkebun ku. Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah swt.


Pokok ginseng jawa ni sudah berbunga. Bunganya warna pink, sweet gitu.



Ginseng Jawa ini mengandungi pelbagai khasiat;

1. Daunnya boleh dibuat ulam
2. Daunnya juga boleh ditumbuk halus dan dicampur dengan gula merah untuk merawat bisul

Manakala akarnya boleh  digunakan untuk ubat batuk dan asma. Akarnya serupa dengan ginseng korea yg mahal tu.

Selamat berkebun rakan-rakan semua.

Wednesday 18 September 2013

Harum si anggerik desa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Syukur Allhamdullilah  cuaca yang baik dan kesihatan yang baik di berikan Allah kepada kita semua,


Betul ke namanya anggerik desa, tapi memang pun selalu tumbuh kat pokok di kampung terutamanya pokok manggis yang ada dahan reput. Tapi yang dalam gambar ni menumpang kat dahan reput yang mak mertua saya tanam pokok sirih.

Pokok ni dalam golongan tumbuhan menumpang tak tau la parasit ke tak. Kena tanya cikgu sains ni.
Bunganya berbau harum. Buka pintu rumah je dah harum semerbak.

Ada juga terselit daun sirih dicelah-celah bunga ni.

Close up sikit

Semoga species anggerik ni tidak pupus di bumi Malaysia. Jumpa lagi dientri yg lain.

Wednesday 11 September 2013

Pokok pisang tanduk nan sebatang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur pada mu Ya Allah yang menurunkan hujan dibumi Malaysia ini, menyegarkan tanaman dan memberi bekalan air kepada hamba-hamba mu.

Dah lama tak menjenguk blog ni. Allhamdullilah hari ni ada kelapangan nak update sekejap.

Pisang tanduk




Nak cerita pasal pokok pisang tanduk yang sebatang ni.Pokok ni dah pernah tumbang ditiup angin, tapi Mr Hubby ambik dan tanam semula, tak sangka boleh keluar tunas baru dan berbuah pula.

close up buahnya

Ada 12 biji buahnya tapi masih kecik lg, syukur ada juga rezeki kami.

Yang ni pula tuaian semalam.

Dapat la membuat jus mengkudu, rebus bendi dan buat air bunga telang.
Daun kucai tu boleh la masak cucur utk minum petang ni.


Ok la rakan-rakan semua.Jumpa lg dilain entri. bye