Sunday 16 March 2014

Hujan dan ubahsuai rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah menurunkan hujan rahmat buat kita di bumi Malaysia ini. Terima kasih Ya Allah atas rahmat mu kepada kami insan yang kerdil ini.


Maaf rakan-rakan alam maya semua, dah lama saya tak menjenguk blog ni sebab rumah sedang diubahsuai segala tanaman terpaksa dikorbankan tinggal beberapa jenis pokok sahaja yg dpt diselamatkan. 


Musim panas dan masalah catuan air juga menyebabkan saya terpaksa berehat daripada aktiviti berkebun.

Rose Jepun ini antara pokok yang masih ada dalam simpanan.


Tuesday 17 December 2013

Bunga-bunga herba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan nama Allah Yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.

Apa kabar semua pembaca blog ni, minta maaf la dah lama tak bersiaran. Pagi ni ada masa untuk berkongsi bunga-bunga herba di belakang rumah.


Benih ulam raja ni dibeli daripada blog semuamenjadi. Terima kasih kpd smRose. Pucuk ulam raja sedap dibuat ulam kerana mempunyai rasa tersendiri, ia tergolong dari keluarga cosmos. Khasiat utamanya dapat membersihkan darah.







 
 
 
 
 
Bunga herba dill
 


Bunga telang yang rajin mengeluarkan hasil



Bunga Roselle yang cantik. Buahnya boleh dibuat sirap, jem dah halwa.



Monday 2 December 2013

Sayur pucuk ubi kerinting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allhamdullilah hari ni cuaca baik dapat menjenguk kebun di belakang rumah.


Pertumbuhan daun ubi kerinting nampak subur dengan siraman air hujan. Benihnya saya ambik kat rumah mak mertua.


Daunnya lembut daripada pucuk ubi biasa. Nak masak lemak, tumis atau rebus untuk di buat pecal ? Cili pun ada ni.


Dah boleh di petik cili api ni.


Ok la ya nak gi masak dulu.

Sunday 1 December 2013

Sayur bening pucuk kadok

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Segala Puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Hujan turun membawa rahmat, syukur pada nikmat Allah.


Hari ni masak menu simple tak perlu pakai santan. MIL saya sebut sayur bening.


Daun kadok segar bugar pada musim hujan ni, apa lagi boleh di manafaatkan sebagai sayur.




keledek di potong dadu


Resepinya mudah je, masukkan bawang merah, bawang putih dan udang kering, tambahkan garam dan gula secukup rasa.

Dah siap pun



Masakan ringkas dan berkhasiat. Selamat menjamu selera.

Tuesday 26 November 2013

Air Roselle berkhasiat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Syukur ke hadrat Allah cuaca sangat baik dan bumi Malaysia masih aman damai.


Hari ini sempat memungut Roselle untuk buat minuman kami sekeluarga. Allhamdullilah rezeki yang Allah bagi ini. Ada 5 pokok yang dah boleh dipetik buahnya.





Hasil tuian hari ini.




 Jom kita minum air Roselle yang berkhasiat juga kaya dengan vitamin, mineral dan baik untuk kesihatan.

Sunday 10 November 2013

Kembang sepuluh dan kembang asar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Syukur pada Allah yang menyuburkan bumi Malaysia ku.

Kenapa kembang sepuluh?

Bunga Ros Jepun selalunya kembang pada pukul 10 pg. Mungkin bunganya dapat tenaga keupayaan untuk berkembang daripada cahaya matahari yang banyak ketika itu, itu tekaan saya yg bukan guru sains pun.hehehe



Bunga ni mudah membiak, memerlukan cahaya matahari, air dan baja yang cukup saja.



Bunga ni menjadi kesukaan ramai daripada dulu lagi kerana warnanya yang pelbagai.





Yang ni pula bunga kembang selepas Asar, nama lain tak diketahui, mengapa dia kembang selepas waktu asar juga tidak diketahui. Rahsia Ciptaan Allah sungguh menakjubkan.



Selamat berkebun rakan-rakan semua.

Buah mahkota dewa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Syukur Allhamdullilah hujan turun membasahi bumi dan menyuburkan tanaman. Terima kasih Ya Allah.

Pokok mahkota dewa yang banyak khasiatnya. Gambar ni diambil dirumah kawan.

Geram tengok buahnya sungguh lebat dan yang dah masak merah tu macam sedap je.

Buah mahkota dewa atau nama saintifiknya Pholeria Macrocarpa, pokok ini berasal daripada Papua/Irian Jaya Indonesia.


Buah ini selalunya digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Buah yang sudah masak dihiris dan dikeringkan. Kemudian ambil hirisan yang dah kering tu dan campurkan dengan air panas dan minum macam teh. Air nya rasa kelat sikit.

Buah ini juga bersifat detoksifikasi, yang boleh membantu meneutralkan racun dalam badan.

Cipta Allah memang banyak manafaatnya kepada kita.