Sunday 10 November 2013

Buah mahkota dewa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Syukur Allhamdullilah hujan turun membasahi bumi dan menyuburkan tanaman. Terima kasih Ya Allah.

Pokok mahkota dewa yang banyak khasiatnya. Gambar ni diambil dirumah kawan.

Geram tengok buahnya sungguh lebat dan yang dah masak merah tu macam sedap je.

Buah mahkota dewa atau nama saintifiknya Pholeria Macrocarpa, pokok ini berasal daripada Papua/Irian Jaya Indonesia.


Buah ini selalunya digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Buah yang sudah masak dihiris dan dikeringkan. Kemudian ambil hirisan yang dah kering tu dan campurkan dengan air panas dan minum macam teh. Air nya rasa kelat sikit.

Buah ini juga bersifat detoksifikasi, yang boleh membantu meneutralkan racun dalam badan.

Cipta Allah memang banyak manafaatnya kepada kita.


4 comments:

  1. Assalamualaikum kak,
    saya tak pernah tengok live buah mahkota dewa ni, tengok gambar je.
    terima kasih kak berkongsi ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Ti,

      Memang pokok ni rare species susah nak jumpa, akak kebetulan pergi rumah kawan kat Batu Gajah jumpa pokok ni terus snap gambornya.hehehe

      Delete
  2. salam saodah..banyak betul buah..ketul-ketul...sy punya ni sebiji sahaja..mungkin sebab pokok kecil lagi...semalam sy br buat entry sal mahkota dewa...ada maklumat mengatakan kena mahir proses buah nya..jika tidak mungkin beracun...saodah pernah proses tak buah nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Nadia,

      Adik ipar pernah bagi saya 3 biji, saya hiris kulit luar yg warna merah tu, kemudian direbus dan minum macam teh. Kalau ada banyak buahnya boleh dihiris dan keringkan. Minum bila perlu tapi tak sesuai untuk orang mengandung ya Nadia.

      Delete