Wednesday 6 November 2013

Khasiat belimbing buluh

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Segala pujian hanya untuk Allah, tuhan sekalian Alam,Syukur atas nikmat yang kau berikan pada kami Ya Allah.

Pokok belimbing buluh biasanya ditanam di kawasan kampung dan ada juga dikawasan perumahan.Nama saintifik belimbing buluh ialah Averrhoa belimbi Linn.


Ni pokok belimbung buluh jiran saya. Geram tengok buahnya yang lebat.

Buah belimbing buluh juga boleh dibuat pencuci muka untuk mengurangkan jerawat. Caranya parut buah belimbing buluh dan campurkan dengan bedak sejuk dan dibuat sebagai masker,biarkan selama 10 minit. kemudian bilas dengan air suam.
.
Khasiat yang lain buah belimbing yang telah masak boleh digunakan untuk mencuci barang tembaga atau kuali. Pasti bersinar kuali nanti.
Biasanya buah belimbing dibuat perencah masakan bagi menggantikan cuka atau asam jawa. Ni menu saya masak lemak ikan bersama terung,bendi dan belimbing buah buluh.


Bahan-bahannya ikan,cili api, santan, kunyit, bawang putih, bawang merah, belimbing buluh, bendi dan terung.

Tadaaa siap.

Jemput makan semua........

13 comments:

  1. Mak sya sllu buat masak lemak letak belimbing buluh ni..rasanya mmg sedap..rasa mcm tomato dlm kari plk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap adrianna syaz, Kadang-kadang saya beli kat pasar tani tu mahal juga

      Delete
  2. Assalam...Buat sambal belacan pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mar,

      memang betul buat sambal belacan pun sedap.

      Delete
  3. memang sedap masak dengan belimbing buluh ni..sy pun suka..kat terengganu ni...kalau gulai untuk nasi dagang masukkan belimbing buluh memang menjilat jari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh akak boleh cuba la Nadia. Masak gulai ikan tongkol bersama asam belimbing buluh ni

      Delete
  4. masak lemak ikan parang belimbing buluh....fuiyo sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tu Ros, tapi ikan parang banyak tulang, budak-budak tak boleh makan. hehehe

      Delete
  5. Sedapnya....saya suka belimbing buluh. Kalau masak kensom, selain nenas, saya suka masukkan belimbing buluh ni, ada rasa tersendiri, apalagi kalau kensom ikan siakap, sedap tak terkata...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Ya kak, kensom tu lebih kurang asam pedas, tapi masuk nenas dan kalau versi saya tambah cili api

      Delete
  7. sedapnya nampak kak Saodah. Tentang belimbing yang telah masak boleh digunakan untuk mencuci barang tembaga atau kuali tu memang betul. Semasa di kampung dulu, mak saya memang basuh kuali di sungai dengan mengunakan buah belimbing buluh dari pokok yg dekat sungai tu juga,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman kita sama la Awin, rumah akak pun tepi sungai dan mak akak selalu basuh periuk dan kuali disungai guna buah belimbing buluh atau buah asam gelugor. hehehe

      Delete