Dengan nama Allah Yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.
Apa kabar semua pembaca blog ni, minta maaf la dah lama tak bersiaran. Pagi ni ada masa untuk berkongsi bunga-bunga herba di belakang rumah.
Benih ulam raja ni dibeli daripada blog semuamenjadi. Terima kasih kpd smRose. Pucuk ulam raja sedap dibuat ulam kerana mempunyai rasa tersendiri, ia tergolong dari keluarga cosmos. Khasiat utamanya dapat membersihkan darah.
Bunga herba dill
Bunga telang yang rajin mengeluarkan hasil
Bunga Roselle yang cantik. Buahnya boleh dibuat sirap, jem dah halwa.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allhamdullilah hari ni cuaca baik dapat menjenguk kebun di belakang rumah. Pertumbuhan daun ubi kerinting nampak subur dengan siraman air hujan. Benihnya saya ambik kat rumah mak mertua.
Daunnya lembut daripada pucuk ubi biasa. Nak masak lemak, tumis atau rebus untuk di buat pecal ? Cili pun ada ni.