Thursday 1 August 2013

Kek berwarna kuning

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Teringin nak makan kek berwarna kuning disebabkan bunga laman temanya kuning hari ini.

Resepi ni saya dapat daripada facebook, tapi dah diubahsuai mengikut selera sendiri.

Kek oren tapi bila masak jadi kuning juga.


1 biji oren (diparut kulit luarnya, dikupas kulit dan potong kecil-kecil) 
1 sudu besar sunquick perisa oren
1 cawan minyak masak
1 setengah cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sudu baking powder
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya;
1. Ayak tepung bersama baking powder
2. Pukul telur, gula dan esen vanilla kemudian masukkan minyak masak, kulit oren yg diparut, oren yg telah dipotong kecil dan sunquick.
3. masukkan tepung sedikit demi sedkit. 
4. Gaulkan dengan spatula sehingga rata
5. Masukkan dalam pemanggang ajaib dan bakar selama 15 minit.
Photo: Kelmarin rajin tangan nk buat kek oren ni, resepi dr teman baru tp mesra, Tq Shanor.. Jom kita kongsikan lg resepi ni supaya rakan2 yg lain pn boleh mencubanya..

Bahan2 utk kek oren ni simple jer..

1 bji buah oren
1 cwn minyak
2 cwn gula halus ( klu nk kurangkn skt pn boleh jg)
2 cwn tpung gandum
3 bji telur (yg size bsar yer)
1 sb baking powder
1 st esen vanila/oren.

Cara2nya pn senang jer,.. 
1. Blender telur hingga kembang;
2. kemudian masukkan gula; blend lg pstu msukkan buah oren yg     dh dikupas(pstikan x dak bji yer). Blender hingga kembang dan masukkan minyak. blend lg.
3. Dalam bekas lain, ayak tepung dgn baking powder ,..tuangkan bahan yg telah di blander td, kacau hingga sebati.
4. Tuang ke dlm pemanggang yg telah dipanaskn sedikit dan bakar selama 10 mnt..
 
Dah siapp!! Apabila sudah masak keluarkan kek td dan hidangkn. (jgn biarkn dlm pemanggang nti hangit sbb penyimpan haba kkkk).
Selamatt mencuba, kalau suka tekan `like` n `share page` ni k..Tq..

Setakat ini dulu. Jumpa lg di lain entri....

No comments:

Post a Comment