Allhamdullilah kita sudah berada diakhir Ramadhan terasa cepat masa berlalu. Semoga Allah makbulkan segala hajat kita dibulan yang mulia ini.
Rakan-rakan dan jiran-jiran ku sudah ramai yang pulang kekampung. Aku juga akan pulang kekampung esok. Rindu dengan bunyi cengkerik dan air sungai dibelakang rumah pusaka ku itu.Allhamdullilah adik bongsu masih menjaga rumah pusaka itu dengan baik.Semoga Allah murahkan rezeki adik bongsuku ini.
Baru snap gambar bonsai yang jadi penyeri tiang rumah ku.Pasu-pasu bunga ni, aku dan anak-anak cat dengan lebihan cat yg ada. jadi warna pasu dah sama dengan warna tiang rumah.hahaha tak kisah la janji nampak berseri raya ni.
Adenium atau kemunting Cina tu Bonsai kesayangan Mr Hubby. Ada lagi yang dia buat bonsai tapi belum berapa menjadi.pokok ni dah bertahun ditanam masih going strong.
Nama bunga ni saya tak tahu, tapi bunganya putih dan berbau harum. Ni sesuai juga dibuat bonsai.
Sempena dibulan yang mulia ini saya ingin memohon maaf zahir dan batin pada rakan-rakan yang mempunyai hobi yang sama. Rakan-rakan pendidik,anak-anak didik, jiran-jiran serta saudara mara sekalian serta pembaca-pembaca blog ini.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment