Tuesday, 16 July 2013

pengenalan tentang hobiku

Bismillahirahmanirahim(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani),


Segala yang dilangit dan bumi ini  adalah milik Mu juga, tiada yang milik kami. Kami sebagai hamba patut sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberikan oleh yang Maha Esa.



Sekadar ingin berkongsi hobi yang selalu dilakukan pada waktu lapang bersama rakan-rakan. Hobi berkebun ini telah saya warisi daripada arwah ibu saya yang suka bertanam sayur-sayuran dan bunga-bungaan disekeliling rumah. Saya membesar disebuah desa di negeri Perak. Kawasan halaman rumah agak besar jadi arwah emak selalunya menanam timun, kacang panjang, bendi, terung dan segala jenis ulam-ulaman. Waktu kecil saya hanya membantu arwah emak menyiram pokok dengan air sungai, air cucian beras dan air ikan. Arwah mak selalu gunakan tanah bakar dan baja tinja ayam yang diambil daripada reban ayam kami dan benih sayuran ni selalunya dibeli di pasar pagi di Bandar Taiping. Itu kisah kerajinan arwah emak. Al-Fatihah buat arwah yang kusayangi.



Gambar desaku kredit to Mr Google

Selepas meningkat dewasa mengalir pula bakat itu kepada saya.Sewaktu belajar diperantauan saya dan rakan-rakan menyewa sebuah rumah teres setingkat. Di sana saya dah mula  belajar menanam herba seperti daun kesum, daun kunyit dan serai dalam pasu.Itu pun sekadar untuk keperluan memasak sendiri. Pernah juga saya belajar menanam salad bulat(lettuce) dengan seorang sahabat,hasilnya tidak mengecewakan. Dua batas salad bulat menjadi semuanya. Allhamdullilah. Landlady juga ada menanam sayur-sayuran dibelakang rumahnya. Disana cuaca empat musim biasanya tanaman ditanam pada musim bunga atau musim panas.  

Gambar diTasmania kredit to Mr Google


Itu lah serba sedikit kisah hidup aku dari sebuah desa ku merantau jauh. Pulang semula ketanah air untuk berkhidmat pada tanah tumpah darahku. Sehingga berjumpa lagi dalam entri yang lain. 


2 comments: