Monday, 22 July 2013

Tuaian hari ini pucuk ubi kayu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Semoga kita semua berada dibawah lindungan Allah SWT.

Tuaian hari ini untuk masak lemak pucuk ubi kayu. Sayur kesukakan Mr Hubby dan anak2 ku.

Banyak lagi resepi yg boleh kita masak menggunakan daun ubi kayu ni. Resepi pucuk kayu masak tempoyak. Wow mengancam, tapi Mr Hubby tak makan tempoyak jadi masak lemak biasa je la.Bagi yg mengidam ni ada resepi yg simple  di tiffinbiru.com


Ubi kayu ni sebenarnya berasal daripada bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir kesemua kawasan tropika seluruh dunia. Ditanam dengan menggunakan keratan batang. Pucuk ubi kayu boleh dijadikan sayur. Manakala ubinya pula boleh dibuat kerepek, rebus, goreng, pengat, kuih-muih dan juga tapai.Makanan ni merupakan makanan utama diwaktu penjajahan Jepun di tanah Melayu, tapi saya pun belum lahir ketika itu, mengikut cerita Opah la.


Khasiat ubi kayu adalah;
1. mempunyai antioksida, antitumor,antikanser dan juga boleh meningkatkan selera makan.
2. mengandungi kandungan mineral seperti kalsium,serat, zat besi, maganese, fosforus, potasium, vitamin B6 dan vitamin C berfungsi mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Sekian dulu, buat entri kali ini.
Wassalam.

2 comments:

  1. sayur kegemaran saya juga, tapi sy lebih suka jenis pucuk ubi kerinting, nyam, nyam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Rose pucuk ubi kerinting sedap, tapi susah nak dpt benihnya.Ada juga pucuk ubi yang batang dia kuning, biasanya ubi org buat kerepek.

      Delete