Friday 26 July 2013

Ulam Sambung Nyawa

Assalamualaikum,

Syukur Allhamdullilah masih dapat meneruskan aktiviti bertani sempena bulan Ramadan ini.Ya Allah jadikan kami semua sebagai hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Kau berikan.


Petang semalam dapat meninjau tanaman herba saya,antara koleksi yang ada sambung nyawa. Tumbuhan herba ini dikatakan berasal dari negara Cina, sebab tu kebanyakan kaum Cina ada menanam tumbuhan ini dirumah mereka.Daunnya lembut dan batangnya sedikit berlendir. Biasanya ulam ini dimakan mentah atau boleh juga ditumis sebagai sayur.

Cara menanamnya hanya menggunakan keratan batang dan cucuk diatas tanah yang agak lembab dan terlindung sikit daripada cahaya matahari.Dahannya boleh dipangkas selalu kerana daun yg muda akan tumbuh lagi. Perlu disiram setiap hari dan saya letak baja organik sebulan sekali.






















Tumbuhan herba ini juga mempunyai pelbagai khasiat diantaranya;

1. awet muda
2. mengurangkan tekanan darah tinggi
3.mengurangkan gula dalam darah
4.membantu mengurangkan sakit migrain.
Amalkan makan daun yang muda  sebanyak 3 helai sehari.


Selamat berpuasa,mari kita makan ulam-ulaman. sehingga jumpa lagi. 

6 comments:

  1. ulam sambung nyawa ni sama ke dengan pokok bismillah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sory la Zilazul,setahu saya tak sama, mungkin rakan-rakan berkebun yang lain boleh share kalau tahu pasal pokok bismillah.

      Delete
  2. ada yg kata sama tp sebenarnya tak sama. amat berbeza cuma rupanya seakan sama

    ReplyDelete
  3. ada yg kata sama tp sebenarnya tak sama. amat berbeza cuma rupanya seakan sama

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pokok2 herba & ulaman...stok anak pokok rerama hijau & stevia pun ada..lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor..harga berpatutan dan perkhidmatan pos juga disediakan..hubungi D'Kaduk Herbs & Floral : 0123106846 -Faizal@ 0122440099 -Azizi

    ***kami juga ada 4 jenis pokok sambung nyawa:
    -hijau
    -batik
    -merah
    -hitam

    ReplyDelete