Wednesday 24 July 2013

Pelbagai khasiat dalam ulam pegaga

Assalamualaikum,

Syukur Pada Allah masih diberi nikmat untuk menikmati keindahan alam sekeliling dan masih berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.


Menu berbuka semalam nasi kerabu menggunakan bunga telang dan berbagai jenis ulam-ulaman.Antaranya adalah pegaga. Pegaga memang terkenal dalam masyarakat kita sebagai ulam untuk awet muda. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat pegaga atau nama  saintifiknya Centella Asiatica.


Diantara khasiat pegaga adalah;

1. mengurangkan tekanan darah tinggi, caranya dengan membuat jus daun pegaga bersama air dan ditambah dengan sedikit madu asli.
2. meningkatkan daya ingatan kerana pegaga kaya dengan vitamin A&C, zat besi dan juga mineral.
3.meningkatkan keupayaan dari segi pengawalan saraf dikalangan kanak-kanak(menurut kajian yang dijalankan di UPM)
4.mengurangkan kandungan gula dalam darah
5. mengatasi sembelit
6.mencegah masalah kardiovaskular.

Boleh dikeringkan daun pegaga dan direndam dalam air panas dan buat seperti teh.
Selamat mencuba makan ulam yang pelbagai khasiat ini.

Sehingga berjumpa dientri yang lain.

2 comments:

  1. memang sedap dibuat ulam, tapi kalo dah tumbuh meliar dengan banyaknya sampai ganggu pokok2 sayur lain, jenuh nak mencabut, cabut..tumbuh lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Zilazul, sampai dalam pasu bunga pun dia boleh tumbuh,lagi kalau tanahnya lembab memang senang la pegaga ni nak biak,yg species pegaga kampung tu susah pulak nak hidup kat tempat saya ni.

      Delete