Sunday 21 July 2013

Percambahan benih kacang bendi yang ditunggu

Assalamualaikum,


Allhamdullilah syukur pada Allah kita masih berada pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kawan-kawan  yang berkongsi hobi berkebun dapat sama-sama meneruskan aktiviti berkebun dibulan puasa ini.


Pagi tadi baru melawat tanaman dikebun yg sejemput tu. Allhamdullilah kacang bendi yang saya semai pada hari Jumaat lepas 19.7.2013 sudah bercambah, benihnya saya beli dari tanamsendiri.com, seronok rasa dihati melihat percambahannya. Saya dah letakkan ubat siput disekeliling pasu supaya daunnya terpelihara. Benih peria dan kacang botor belum nampak bercambah lagi.


image from Mr Google

Kacang bendi banyak khasiatnya dan berbagai resepi yang boleh kita masak menggunakan kacang bendi, yang anak-anak saya suka kacang bendi digoreng dengan telur. Kadang-kadang saya campurkan dalam kari atau asam pedas.


Antara maklumat yang saya dapat dari internet adalahBuah kacang bendi didapati kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin B. ia juga kaya dengan kandungan kalsium.

Diantara khasiat kacang bendi adalah;
1. Bagus untuk perkembangan otak iaitu dapat menguatkan memori dan kercergasan otak. 
2. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
3. Mengelakkan sembelit.
4.Buah kacang bendi bersifat alkali boleh membantu meneutralkan asid dalam badan. 


Panjang lebar pulak cerita pasal kacang bendi. Sesungguhnya Allah Maha Kaya menciptakan pelbagai tumbuhan untuk kita nikmati. Terima kasih Ya Allah.

Sehingga berjumpa lagi dientri yang lain.  

6 comments:

  1. terus kan minat berkebun berbudi pd tanah tak rugi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Suzi Isa, kerana sudi melawat ke blog saya. Memang betul berbudi pada tanah tak rugi cuma kena rajin siram dan baja sikit-sikit, InsyaAllah ada hasilnya.

      Delete
  2. sy suka makan nasi berulamkan kacang bendi mentah, sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh boleh buat ulam mentah ya, selalunya saya rebus dulu cicah sambal belacan, lepas ni boleh try ulam mentah la pulak. Terima kasih Rose berkongsi hobi berkebun.

      Delete
  3. pokok bendi saya ade 2 jer yang matang..2 lagi kecik..tengah plan nak tambah ahli bendi..tak tau bila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Zila, 2 yg matang tu kalau berbuah dah cukup untuk dimasak, pokok bendi ni senang untuk dijaga.

      Delete